Tuesday, March 8, 2011

Perkembangan Teknologi dalam Sukan, Langkah-langkah untuk mewujudkan sifat berteknologi dalam setiap sukan

Perkembangan Teknologi dalam Sukan merupakan perkembangan yang sangat penting untuk mengekalkan kualiti sukan-sukan yang dipertandingkan. Teknologi yang canggih dapat dilihat dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Beijing telah membina 12 buah stadium dari hasil penyelidikan sains dan teknologi yang baru yang digunalan dalam pembinaan gelanggang untuk mewujudkan "Sukan Olimpik yang saintifik".

Dalam Sukan Olimpik ini, kita dapat mempelajari bagaimana kita dapat menerap teknologi terkini seperti pembinaan Stadium "Sarang Burung" iaitu Stadium Negara China tanpa sebatang tiang.

Kita perlulah menggunakan ilmu teknologi untuk perkembangan sukan supaya kualiti sukan Malaysia akan setanding dengan negara lain.

Salah satu cara adalah kerajaan perlu mengikut perkembangan sains terlebih dahulu.

Seterusnya, Baru melatih Jurulatih yang berilmu teknologi serta pandai membuat bahan bahan mengajar dengan teknologi yang sesuai.

Kemudahan kemudahan seperti tempat dan pengangkutan perlulah selalu dititik berat supaya kualiti sekeliling adalah sesuai dan selesa dari segi teknologi dan atlit.

Majlis Sukan Negara pula memperkembangkan sukan paralimpik untuk Negara Kita.. Program latihan untuk orang khas dicipta supaya Malaysia dapat berkembang.. Alatan-alatan sukan juga dicipta menggunakan teknologi.

Mengikut Dasar Sukan Negara, Sukan adalah untuk semua. Oleh itu, tidak kira sesiapa pun, mereka akan diberi peluang untuk didedah kepada sukan termasuk oku.

Selain itu, Teknologi dalam menghasilkan Alat bantuan untuk bermain sukan seperti dalam gambar pada link (http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/12/14/mstar_rencana/20101214193601&sec=mstar_rencana)

Jurulatih yang baik dapat mengunakan teknologi untuk membantu atlit atlit dalam keratan akhbar itu, beliau perlu membuat kajian macam mana boleh sesuaikan cara latihan dan alatan sukan yang boleh membantu mereka dalam sukan.

Apabila Sukan OKU dibuat dengan berjaya, lebih banyak orang akan menceburi sukan. Oleh itu, senanglah kerajaan membuat dasar dalam mengimplikasikan pengetahuan teknologi dalam semua masyarakat.

Kesimpulannya, kerajaan perlulah memainkan peranan mereka dalam mengimplikasikan dan menanam teknologi sukan kepada semua agar negara akan menjadi Negara Sukan yang kuat.

RUJUKAN
http://www.lookpdf.net/DASAR-SUKAN-NEGARA-2009.html
http://malay.cri.cn/321/2008/08/08/26s86884.htm
http://www.docstoc.com/docs/9364274/PROGRAM-PERSEDIAAN-ATLET-KE-ARAH-SUKAN-PARALIMPIK-BEIJING-2008
http://www.scribd.com/doc/48297057/Sains-Dan-Teknologi-Dalam-Memajukan-Sukan
http://malay.cri.cn/234/2007/07/18/27@71108.htm

Gary Tay Soon Joo
A129 632
garytsj89@gmail.com

0 comments:

Post a Comment